Tuesday, April 27, 2010

Buka minda anda..

Adakah Kita Makan Kulit, Buang Kacang
Katalah kita ni polis, sedang duduk dalam kereta peronda kita sambil
minum kopi. Tiba-tiba radio kita berbunyi, mengatakan ada dua kes yang
diminta kita menangani salah satu darinya. Dua-dua kes orang kena
tangkap mencuri.Kes pertama di kampung hulu, seorang lelaki ditangkap
mencuri duit seringgit.Kes kedua di kampung hilir, seorang warga asing
kena tangkap mencuri duit 20 ribu ringgit.
Kes mana yang kita kejarkan dulu? Agaknya tentulah kita segera berkejar
ke kampung hilir, ye tak? I mean, apalah sangat duit seringgit, itupun
nak report polis ke? Tapi bagaimana kalau lepas tu kita tahu hakikatnya
begini:
Dalam kes pertama, duit itu kepunyaan seorang anak yatim piatu peminta
sedekah, dan duit itu sajalah yang ada padanya untuk digunakan membeli
roti setelah beberapa hari tak makan? Sedangkan dalam kes kedua, duit
itu kepunyaan orang kaya bakhil yang seumur hidupnya tak pernah keluar
zakat?
Tiba-tiba, baru kita sedar perbezaannya, antara prinsip dan
appearance.Kalau ikut prinsip, tentulah kes pertama lebih berat,
walaupun hanya melibatkan duit seringgit. Tapi sebab kita hidup ini dah
biasa menghakimkan orang serta peristiwa dari segi luaran, maka selalu
minda kita tertipu. Stephen Covey, dalam bukunya "Seven Habits of Highly
Effective People" menceritakan pula begini
Kita sedang duduk di sebuah bangku dalam taman. Sedang kita enak
menikmati sandwic dan Coke kita di tengah taman dengan udara bertiup
lembut itu,tiba-tiba datang seorang lelaki bersama 2 orang anak kecilnya
duduk di sebelah kita. Lelaki itu hanya menung panjang melihat ke tasik
dan mendiamkan diri sementara anak-anaknya berlarian macam setan
menjerit-jerit sekuat hati. Orang yang lalu lalang semuanya melihat
dengan kening berkerut-kerut perangai budak-budak yang tak tahu hormat
pada orang lain tu. Kita pun lama-lama semakin bengang. Setan sungguh
budak ni! Apahal mamat ni diammm je, tak nak tegur ke anak-anak dia ni?
Lepas dah tak tahan sangat, kita pun tegur lelaki itu. Boleh tak encik
suruh anak-anak encik tu dok diam-diam, saya tengah nak makan sandwic
ni! Lelaki itu melihat pada kita seketika sebelum tersenyum
sedikit."Maafkan saya," kata lelaki itu. "Dan maafkan anak-anak saya tu.
Sebenarnya, isteri saya - ibu mereka - baru meninggal dunia sebab kanser
di hospital, dan saya tak tahu macamana nak terangkan pada mereka hal
ini." Kemudian dia sambung lagi: "Biarlah saya bawa mereka ke tempat
lain supaya tak menganggu anda makan." Apa rasa kita masa itu?
Sebab itulah bila teringat ayat Qur'an mengatakan, beza antara manusia
itu hanyalah iman dan taqwa, saya sering berasa menyesal. Sebab saya
selalu menghukum orang melihat keadaan luarannya! Bagaimana dengan anda?
Wallahualam.

No comments:

Post a Comment