Tuesday, December 28, 2010

SAHABAT2KU DALAM KELAS BATCH 2 F&B.



Dalam blog aku sebelum ini, aku ade ceritakan serba sedikit ttg kawan2 aku dlm kelas aku kt korg kan..kali ini aku nak ceritakan secara detail lagi ttg kawan2 ku ni.
Bermula dengan ketua kelas, namanya Isma Faizal..orgnya berbadan besar dan baik. Tapi sekarang ni, dia sedang diuji oleh Allah dengan ujian yg berat di mana ayahnya sendiri sedang bertarung dengan penyakit kanser, kencing manis dan darah tinggi. Sekarang ayahnya sedang dirawat di hospital Ipoh. Benar kata org..berat mata memandang..berat lagi bahu yang memikul..kalau aku berada di tempat dia sekarang…aku pun akan rasa tertekan spt apa yang dia hadapi sekarang. Cuma apa yang mampu aku lakukan sbg sahabat dia, teruskan memberi kata2 semangat dan dorongan untuk dia terus belajar di sini. Di samping itu, terus berdoa agar Allah s.w.t meringankan masalah yang ditanggung Isma dan memberi ketenangan hati dan perasaan pada sahabatku itu…amin..

Sekiranya ada ketua…mesti ade penolongnya..namanya Amiza. Dlm kelas kitorg dialah paling senior..semua termasuk ngn aku skali panggil dia kakak. K miza ni oklah bagi aku..seorg yg bertanggungjawab, disiplin dan rajin. Walau pun kadang2 aku nmpak dia mcm blur2 je bila sir Vincent ajar, tetapi sebab kerajinan dan senioritinya, dia dihormati semua kwn2nya termasuk aku.
Selain K miza, ramai lagi yang aku anggap pelajar yang rajin seperti Atiqah. Atiqah ni..x boleh tgk kalau kelas bersepah dan kotor..mesti dia secara sukarela akan menyapu n mengemop kalau dia nmpak kls kotor. Dia ni bagi aku, seorang yg pendiam jgk…tp diam2 ubi berisi beb..dh ade pak we skrg…aku rasa satu Tharshal knl siapa bfnya tu..hehe..kegemarannya..mestila Facebook..x blh sehari kalau x online!
Kalau dlm coffee house, isma, amiza n atiqah ni satu groupla..oppss..lupa plak seorg lagi..namanya ZulFikri..Fikri ni pun bagus gak orangnya..seorg yang hormat org yang lebih tua dari dia..dia pgl aku abg dalam kls sb aku lebih tua dari dia..kdg2 kelakar gak dia ni..minat menari..dan minat lagu buttons dari pussy cat dolls..huhu..

Group kedua..group Siti Radhiah, Halimah, Aja, n Thivia..Siti Radhiah bg aku..seorg yg cute n rajin..bnyak bantu kwn2 dalam kls termasuk aku masa nk tulis nama kat muka dpn assgment..hehe…sebab tulisan dia antara yg tercantik..so, kalau Mr Vincent nk someone bantu dia tulis sesuatu kt white board..org yg paling sesuai..diala..selain tu..dia ni bendahari dlm kls..bertanggungjawab pegang duit kls. Sekarang dh couple ngn Rozaimi..semoga bhgia utk korg berdua..amin..
Rakan baik Siti Radhiah namanya Aja, seorg yg pandai melukis..kira org seni la ni..wlau pun perwatakan dia.. aku tgk mcm kasar skit....tp dia baik sebenarnya..kalau aku rasa susah nk lukis sesuatu..dialah yg aku cari utk bantu aku..sb aku ni bknnya reti sgt dlm bab melukis nih..

Selain Atiqah, ada 2 org lagi ‘silent girls’ lagi dlm kls ni..iaitu Halimah dan Thivia. Halimah ni mmg seorg yg senyap dlm kls....aku ngn nazrin selalu usik dia sebab nak bagi dia ceria skit..Halimah ni sbnarnya pandai mengurut org tau..itu slh satu keistimewaan dia yg aku tau..begitu gak ngn Thivia..senyap2 dia pun..dia ni expert dalam tarian tradisional dan moden India. Dia pernah pergi ke India semata2 untuk belajar menari tau!!

Group ketiga…group Madiah, Wahida, Azila n Bella..Madiah bagi aku paling popular sbg ‘gossip girl’ dlm kls aku..ade je benda yg nak digosipnya…bila mr Vincent atau cik bee ajar mulalah blur…tp sebenarnya madiah ni baik orgnya..selalu bantu kwn2 yg dlm kesusahan..lg satu..fesyen rambut barunya tu..hmm..comel..
Kawan sekampung Madiah..namanya Wahida..blh tahanla cutenya..dlm kls selalu dikacau oleh Rasyid..pandai menari gak..n suka possing ala2 model gitu..hehe..
Azila ngn bella ada persamaan..kedua2nya mcm nmpak kasar..tp xdelah kasar mana pun sbnarnya..Cuma kdg2 nakal tu adela..terutama skali Bella..x pernah nak duduk diam…kalau dia dok senyap tu..ade masalah besar la tu..Azila ni plak..okla..x pnh ade msalah dlm kls..

Dahla..cukupla dulu aku citerkan psl 3 group dulu kwn2 dlm kls aku nih…kalo ade masa lagi..aku ceritakan 3 group lagi dlm kls aku nih..ok..

Monday, December 27, 2010

MALAYSIA MENANG 3-0



Belum terlamabat untuk aku mengucapkan tahniah buat skuad bola sepak Malaysia di atas kejayaan menundukkan pasukan Indonesia pada perlawanan bola sepak piala AFF Suzuki.
Meskipun masih terlalu awal untuk berpesta kerana masih ada satu lagi perhitungan dgn Indonesia yg masih belum selesai, kemenangan Harimau Malaya menundukkan Sang Garuda dgn jaringan 3-0 sekurang-kurangnya membawa sinar baru kepada kemajuan bola sepak negara. Sememangnya hampir 20 juta penyokong fanatik bola sepak Malaysia termasuk aku amat mengharapkan kejayaan yang macam ini berterusan.
Selama ini, Malaysia jarang sekali menang besar macam ni…tapi sejak 2 tahun ni prestasi pasukan didikan K Rajagopal ni meningkat dan bagi aku…kejayaan menundukkan Indonesia dengan 3-0 adalah yang terbaik sekali pernah dilakukan oleh skuad ni. Tahniah buat FAM!! Teruskan usaha anda memajukan bola sepak Negara..Buat para pemain..norshahrul , safee Sali dan rakan2..jangan leka dengan kemenangan ini sebab dalam bola sepak apa2 saja boleh berlaku…masih ada baki 90 minit di Stadium Gelora Bung Karno..sudah pasti Indonesia akan menyerang habis-habisan untuk mencari gol. Ditambah lagi dengan ‘gelora’ lautan penyokong fanatik Indonesia…pastinya kekuatan mental pemain perlu kuat pada masa itu..Mainlah dengan penuh semangat untuk Negara bukan semata2 kerana habuan yang bakal diterima…
Buat para penyokong Harimau Malaya…ayuh ramai2 kita berikan sokongan padu buat pemain bola sepak kita. Semoga era kegemilangan bola sepak negara suatu ketika dahulu menjelma kembali pada masa kini.

Sunday, December 26, 2010

THARSHAL TRAINING ACADEMY


Pejam celik…pejam celik…dah 3 bulan aku belajar di sebuah kolej yang khusus dalam bidang perhotelan ini. Dalam beberapa hari lagi..aku bakal menduduki peperiksaan pertengahan tahun. Dalam 3 bulan aku belajar di sini, pelbagai pengalaman dan pengetahuan yang aku dapat timba di sini. Di sini, aku ambil course F&B..kalo korang nak tau F&B ni nanti keje pe..korang pegi hotel tgk waiter ambil order..lps tu hantar mkanan..itulah antara keje yang pasti aku kena buat selepas aku keluar dari kolej ni..sebenarnya bnyak lagi kejenya..itu sebahagiannyala…Dalam kelas aku, F&B batch 2 ade 25 orang pelajar termasuk aku n ade 2 org tenaga pengajar. Seorang yang ngajor teori..namanye Cik Siti Rabiatul..kitorang panggil Cik Bee je..orgnya baik..n sporting..kulit putih n cerah..kalo senyum mmg manis...aku slh sorang yang suke tgk dia senyum...hehe..sorang lagi yang ngajor praktikal…mr. Vincent..kitorang pggil sir je..pemilik sebuah restoran di Kamunting…berpengalaman dlm bidang F&B hamper 20 tahun..mmg aku respect dia..


Habis citer ttg lecturer..ni perihal kawan2 aku plak..dalam kelas aku ade 25 kepala..mcm2 rupa..mcm2 perangai..mcm dlam iklan astro..mcm2 ada!!...pelajar yg paling senior dlm kelas ni..namanya Amiza..aku n kwn2 pgl Kak Miza je..dia penolong kelas kitorg..orgnya…hmm..baik..sopan santun..lemah lembut..lps nih k miza kna blnja saya ye..hehe.. Kalo aku citer semua ttg 25 org yg ada dlm kls nih mmg panjang berjela2 la blog aku ni..so..ape yg aku boleh katakan..semua kwn2 yg aku ade dlm kelas ni..masing2 ade dia punya keistimewaannya yg tersendiri..wlau pun kdg2 ade nakal gak skit2..Dalam rmai2 nih..aku n k miza blh dianggap seniorla sebab kebanyakan dlm kls nih umur 21 thun ke bwh..so…aku mmg rmai adik2 kat sini..wlau pun realitinya..aku dipanggil ‘adik’ dlm family ku..sb aku yg paling bongsu dlm family. Tapi di Tharshal ni..disebabkan umo aku lebih dari diorg..adik2 aku ni pgl aku abg asrin..hmm..okla tu…hehe..haaa…lupa lak nk bgtau..selain 24 kwn dlm batch 2..ade satu lagi kls F&B yg jumlah pelajar sm ngn kelas aku..25 org gak..iaitu kls F&B batch 1..sume tu pun kwn2 baik aku gak..sb asalnye dlu kami 1 kls..tp terpaksa dipisahkan kpd 2 kls untuk keselesaan ketika blajo…



Aku mmg seronok blajo di sini..lecturer dia baik2…yuran gov support…dapat elaun lg rm500…wlaupun elaun msk lmbat…ade aku kesah? Aku mmg minat giler bidang F&B...kalo koridor utara x bayar elaun pun..aku sanggup dtg gak..sebab aku dtg sini nk timba ilmu ok....bkn semata2 krn elaun…ade wifi lg..ari2 dpt bukak fb…enjoy je blajo..Memang berbeza sgt waktu aku blajo di politeknik merlimau dlu…dlu blajo sush..yuran poli msk2 nk kna byar…setiap sem lps tu kna byar lagi..kos sara idup sume kna tggung sendri…terpaksa kna pinjam ptptn…pinjaman bkn bg free2..skrg baru rasa perit nk byr balik ptptn.. dlu aku terpaksa duduk plak umah sewa sb asrama utk sem 1 je....start sem 2 kna kluar..mcm2 nk kna byar..pnh aku terpaksa kje cashier part time masa sem akhir dlu sb duit ptptn dh abis…segan nk mntk kat family…sb bnyak sgt dh mntk duit kt diorg..so siang aku blajo…abis kls ptg..trus masuk kje cashier…dlm 5 bln gakla aku kje cashier part time…tulh psl result aku drop abis..sb x blh focus study je time tu..tp Alhamdullilah…spjg aku blajo di poli tu..x pnh lagi aku kebulur x mkn..x pnh pnjam duit kawan..n CGPA yang aku dpt x lah teruk sgt pun..bkn nk bangga diri..Cuma nk share pengalaman ni ngn korang... Skrg smbil2 blajo di Tharshal pun..aku wat kje part time gak..tp bkn kje cashierla..tp kje di zoo taiping..bwk org melancong dlm zoo..okla..dptla cover2 skit kos aku ms blajo di sini. Apa yg pnting kje aku ni x ganggu time study aku kt Tharshal ni. Bnyak lagi yg aku nk citer sbnarnye..ttg pengalaman menarik aku kt sini..ape bnda yg aku suka kt sini..sape kwn yg aku suka…n mcm2 lagila..tp kpala aku dh berat nih..mata pn dh ngantuk..esok2 jelah…lagipun dlm beberapa ari je lagi..aku akn duduki peperiksaan pertengahan thun..so..aku x blh main2..kna focus study..aku harap midterm ni aku dpt result yg excellent!! Doa2kanla ye…amin..

Tuesday, April 27, 2010

Kisah sehelai bulu mata

Diceritakan di hari pembalasan kelak, ada seorang hamba Allah sedang
diadili. Dia dituduh bersalah kerana mensia-siakan hidupnya di dunia
untuk berbuat maksiat. Namun begitu dia berkeras membantah, "Tidak
demi langit dan bumi,sungguh tidak benar. saya tak pernah malakukan
perkara itu..."

"Tetapi saksi-saksi mengatakan engkau betul-betul telah menjerumuskan
dirimu sendiri ke dalam dosa"

Orang itu menoleh ke kiri dan ke kanan, lalu merenung segenap penjuru
ruangyang ada. Kemudian dia pun menyanggah, "Mana saksi-saksi yang
engkau maksudkan? disini tiada sesiapa melainkan aku dan suaramu
sahaja."

Jawab malaikat, "Inilah saksi-saksimu. ...."

Tiba-tiba mata berbicara, "Saya yang memandang,"

disusuli dengan telinga, "Saya yang mendengar perkara itu"

Hidung pun tidak ketinggalan, "Saya yang mencium"

Bibir pun mengaku dengan slumbernye, "Saya yang merayu"

Lidah menambah dengan berani, "Saya yang menjilat dan menghisap"

Tangan tanpa malu meneruskan, "Saya yang meraba dan meramas"

Kaki pula menyusul, "Saya yang berjalan dan berlari semasa itu"

"Nah kalau dibiarkan kesemua anggota tubuhmu akan memberikan
kesaksian tentang perbuatan aibmu," ujar malaikat. Orang tersebut tak
dapat membuka sanggahnya lagi. Ia berputus asa dan amat berduka
kerana sebentar lagi ia akan dihumban ke dalam neraka jahannam..
Padahal ia amat berharap agar segala perbuatan jahatnya dapat
diselindungi.

Tatkala dia sedang dilanda kesedihan, tiba-tiba terdengar satu suara
yang amat lembut dari sehelai bulu mata berbunyi, " Saya pun ingin
mengangkat sumpah untuk menjadi saksi dalam perkara ini." Malaikat
menjawab dengan tenang, "Silakan wahai bulu mata"

"Terus terang sahaja, menjelang ajalnya pada satu malam yang hening,
aku pernah dibasahi dengan juraian air mata penyesalan mengenangkan
segala perbuatan keji yang telah dilakukan. Bukankah rasulnya telah
berjanji, apabila ada seorang hamba yang ingin bertaubat, walaupun
sehelai bulu mata sahaja yang dibasahi dengan air mata, demikian itu
diharamkan dirinya dari ancaman api neraka? Maka, saya sehelai bulu
mata, berani tampil sebagai saksi bahawa dia telah bertaubat sampai
membasahi saya dengan air mata penyesalan."

Dengan kesaksian bulu mata itu, orang tersebut dibebaskan dari neraka
dan segera dihantar ke syurga:

"Lihatlah hamba Allah ini masuk syurga kerana pertolongan bulu mata.."

------------ --------- --------- --------- --------- --------- -
----------

MORAL:

Sebagai Muslim, kita janganlah sekali-kali berputus asa dari
mengharapkan rahmat Allah walaupun kita punya sejarah yang hitam. Apa
yang penting ialah bertaubat atas segala kesalahan dan keterlanjuran.
Tapi kisah ini bukan pula jadi tiket untuk kita buat dosa. Ada orang
berfikir 'masa muda ini enjoylah puas-puas, nanti dah tua baru
taubat'. Ini cara berfikir yang salah. Belum tentu kita boleh capai
umur tua. Ramai yang telah pulang ke rahmat Allah ketika umur masih
terlalu muda. Taubat sebaiknya dilakukan setiap hari, dilakukan
semasa muhasabah diri, yang sebaiknya dilakukan setiap hari juga.

Buka minda anda..

Adakah Kita Makan Kulit, Buang Kacang
Katalah kita ni polis, sedang duduk dalam kereta peronda kita sambil
minum kopi. Tiba-tiba radio kita berbunyi, mengatakan ada dua kes yang
diminta kita menangani salah satu darinya. Dua-dua kes orang kena
tangkap mencuri.Kes pertama di kampung hulu, seorang lelaki ditangkap
mencuri duit seringgit.Kes kedua di kampung hilir, seorang warga asing
kena tangkap mencuri duit 20 ribu ringgit.
Kes mana yang kita kejarkan dulu? Agaknya tentulah kita segera berkejar
ke kampung hilir, ye tak? I mean, apalah sangat duit seringgit, itupun
nak report polis ke? Tapi bagaimana kalau lepas tu kita tahu hakikatnya
begini:
Dalam kes pertama, duit itu kepunyaan seorang anak yatim piatu peminta
sedekah, dan duit itu sajalah yang ada padanya untuk digunakan membeli
roti setelah beberapa hari tak makan? Sedangkan dalam kes kedua, duit
itu kepunyaan orang kaya bakhil yang seumur hidupnya tak pernah keluar
zakat?
Tiba-tiba, baru kita sedar perbezaannya, antara prinsip dan
appearance.Kalau ikut prinsip, tentulah kes pertama lebih berat,
walaupun hanya melibatkan duit seringgit. Tapi sebab kita hidup ini dah
biasa menghakimkan orang serta peristiwa dari segi luaran, maka selalu
minda kita tertipu. Stephen Covey, dalam bukunya "Seven Habits of Highly
Effective People" menceritakan pula begini
Kita sedang duduk di sebuah bangku dalam taman. Sedang kita enak
menikmati sandwic dan Coke kita di tengah taman dengan udara bertiup
lembut itu,tiba-tiba datang seorang lelaki bersama 2 orang anak kecilnya
duduk di sebelah kita. Lelaki itu hanya menung panjang melihat ke tasik
dan mendiamkan diri sementara anak-anaknya berlarian macam setan
menjerit-jerit sekuat hati. Orang yang lalu lalang semuanya melihat
dengan kening berkerut-kerut perangai budak-budak yang tak tahu hormat
pada orang lain tu. Kita pun lama-lama semakin bengang. Setan sungguh
budak ni! Apahal mamat ni diammm je, tak nak tegur ke anak-anak dia ni?
Lepas dah tak tahan sangat, kita pun tegur lelaki itu. Boleh tak encik
suruh anak-anak encik tu dok diam-diam, saya tengah nak makan sandwic
ni! Lelaki itu melihat pada kita seketika sebelum tersenyum
sedikit."Maafkan saya," kata lelaki itu. "Dan maafkan anak-anak saya tu.
Sebenarnya, isteri saya - ibu mereka - baru meninggal dunia sebab kanser
di hospital, dan saya tak tahu macamana nak terangkan pada mereka hal
ini." Kemudian dia sambung lagi: "Biarlah saya bawa mereka ke tempat
lain supaya tak menganggu anda makan." Apa rasa kita masa itu?
Sebab itulah bila teringat ayat Qur'an mengatakan, beza antara manusia
itu hanyalah iman dan taqwa, saya sering berasa menyesal. Sebab saya
selalu menghukum orang melihat keadaan luarannya! Bagaimana dengan anda?
Wallahualam.

NAK GAGAL ATAU BERJAYA?

Hmm..itu tajuk buku yang aku baru abis baca tadi..memang best dan kena ngan apa yang aku telah lalui sepanjang idup aku..nak naik mmg susah nak turun senang jer..contohla..kalo kete kite nk naik bukit, punyerlh sush..kena tekan minyak abis..tp bile trun seng jer..x pyh tekan minyak pun..itulh satu cth kalo nk berjaya dlm bisnes..bile kita nk naik...mcm2 dugaan yg dtg..tp jika kite tbah dan keje kuat..kite pasti smpai ke puncak jaya..insyaallah..

Saturday, February 13, 2010

SLamaT Tahun Baru cina!! Gong Xi Fa Cai!!

Slamat thn baru cina kpd sume kengkawan yang berbangsa cina...kepada lee, chia, winnie n desmond..angpau jgn lupa kasi arr!!

Saturday, January 9, 2010

Tahun baRu..azam Baru..Bisnes baRu..

Dah lama aku x update blog aku nih..maklumlah bz skit ngn bisnes baru aku nih..hmm..kalo dulu aku jd salesman buku...thn baru nih...aku nk jadik usahawan tani lak..