Monday, December 27, 2010

MALAYSIA MENANG 3-0



Belum terlamabat untuk aku mengucapkan tahniah buat skuad bola sepak Malaysia di atas kejayaan menundukkan pasukan Indonesia pada perlawanan bola sepak piala AFF Suzuki.
Meskipun masih terlalu awal untuk berpesta kerana masih ada satu lagi perhitungan dgn Indonesia yg masih belum selesai, kemenangan Harimau Malaya menundukkan Sang Garuda dgn jaringan 3-0 sekurang-kurangnya membawa sinar baru kepada kemajuan bola sepak negara. Sememangnya hampir 20 juta penyokong fanatik bola sepak Malaysia termasuk aku amat mengharapkan kejayaan yang macam ini berterusan.
Selama ini, Malaysia jarang sekali menang besar macam ni…tapi sejak 2 tahun ni prestasi pasukan didikan K Rajagopal ni meningkat dan bagi aku…kejayaan menundukkan Indonesia dengan 3-0 adalah yang terbaik sekali pernah dilakukan oleh skuad ni. Tahniah buat FAM!! Teruskan usaha anda memajukan bola sepak Negara..Buat para pemain..norshahrul , safee Sali dan rakan2..jangan leka dengan kemenangan ini sebab dalam bola sepak apa2 saja boleh berlaku…masih ada baki 90 minit di Stadium Gelora Bung Karno..sudah pasti Indonesia akan menyerang habis-habisan untuk mencari gol. Ditambah lagi dengan ‘gelora’ lautan penyokong fanatik Indonesia…pastinya kekuatan mental pemain perlu kuat pada masa itu..Mainlah dengan penuh semangat untuk Negara bukan semata2 kerana habuan yang bakal diterima…
Buat para penyokong Harimau Malaya…ayuh ramai2 kita berikan sokongan padu buat pemain bola sepak kita. Semoga era kegemilangan bola sepak negara suatu ketika dahulu menjelma kembali pada masa kini.

No comments:

Post a Comment