Thursday, March 24, 2011

SENYUM DAN KETAWALAH

Sebagai seorang manusia, tiada siapa dapat mengelak dari senyum. Senyum itu salah satu aktiviti hidup. Ia perlambangan pada banyak keadaan hidup yang dilalui. Tambahan pula dalam agama senyum dianggap sedekah. Oleh itu, senyum dan terus senyum sebagaimana manusia biasa yang tidak terkecuali daripada mimik-mimik seperti marah, masam, sedih, murung dan tentunya senyum.
Senyum dan ketawa adalah satu bentuk jogging dalaman. Sekali anda senyum atau tertawa, seluruh badan anda turut tersenyum dan tertawa. Anda akan mendapat semangat baru, keceriaan, dan kegembiraan. Senyuman meskipun pura-pura ia meransang seluruh tubuh dan mampu memberi manfaat kepada system saraf otak dan juga hormon.
Senyum menggunakan 17 otot muka berbanding 43 ketika mengerutkan dahi. Maka itulah, kita lihat orang yang mudah senyum kelihatan lebih muda daripada usia mereka. Lebih dari itu, senyum menghasilkan endorphin dalam otak yang mengurangkan kesakitan fizikal.
Cukup banyak faedah dan kelebihan senyum dan juga ketawa. Tidakkah anda tahu, ketawa 100 kali dalam tempoh 24 jam mendapat manfaat kardiovaskular sama seperti bersenam 10 minit. Menurut saintis pula, ketika kita ketawa, sel pembunuh tumor dan virus semula jadi dalam badan akan bertambah selaras dengan pertambahan Gamma-inteferon (protein melawan penyakit), sel T (yang penting untuk sisitem pertahanan badan) dan sel B (yang menghasilkan antibodi melawan penyakit). Senyuman juga mampu merendahkan tekanan darah, menambah kemasukan oksigen dalam darah dan ini secara tidak langsung merangsang proses penyembuhan.
Senyuman yang diakhiri dengan ketawa mengaktifkan kimia badan dan secara tidak langsung merendahkan risiko penyakit jantung, tekanan darah tinggi, strok, atritis dan ulser. Ia juga senaman yang baik kerana membabitkan diafragma, abdomen, system pernafasan, muka, kaki dan otot belakang badan. Ketawa ‘mengurut’ organ dalam abdomen dan menguatkan otot abdomen, merangsang kedua-dua belah otak. Ketawa juga boleh membakar kalori sebagaimana kita bersenam.
Senyum mampu menjadi penawar pada penyakit yang kronik. Senyum tidak perlu modal, hanya sekelumit rasa ikhlas, pasti menarik. Senyuman tetap baik untuk sesiapa saja termasuk diri yang memberikan senyuman itu. Kesimpulannya, teruskanlah senyuman anda kerana senyuman adalah rahsia awet muda.
Sekian, terima kasih…

No comments:

Post a Comment