Wednesday, February 23, 2011

Lawatan ke Flemington hotel




Pada 21 Febuari 2011 bersamaan hari Isnin, kami pelatih jabatan Food & Beverage, Tharshal Training Academy telah melakukan lawatan sambil belajar ke Hotel Flemington Taiping yang bertaraf 3 bintang. Rombongan ini disertai seramai 19 orang pelatih dan diiringi oleh Mr. Lourde Vincent dan Cik Siti Rabiatul selaku pensyarah pengiring. Kami bertolak dari kolej pada pukul 9.40 pagi dan tiba di Hotel Flemington kira-kira jam 9.50 pagi kerana lokasi hotel yang berdekatan dengan kolej. Rombongan kami telah disambut dengan mesra oleh Encik Muzammir Ismail (F&B Supervisor) dan Miss Josephine Tai (H.R Manager). Kedua-duanya telah memberi layanan yang baik kepada kami semua. Encik Muzammir telah memberi banyak info menarik berkenaan outlet-outlet F&B yang terdapat di Hotel Flemington. Selain itu, kami juga beruntung kerana Encik Muzammir sudi memberi segala tunjuk ajar dan pengalaman beliau selama 10 tahun berkecimpung dalam bidang F&B. Beliau juga sempat memberi penerangan serba sedikit berkenaan Beverage Service. Miss Josephine pula telah memberi penerangan berkenaan peraturan-peraturan, rupa diri, etika pakaian staf-staf dan kemudahan-kemudahan lain yang terdapat di Hotel Flemington

1 comment:

  1. salam.. saya baru nk mendaftar ke tharshal training academy ni, bagaimana ye cara2 nya?

    ReplyDelete