Saturday, February 19, 2011

UNTUK MENJADI SEORANG WAITER/ WAITRESS YANG PROFESIONAL..APAKAH KUALITI YANG ANDA PERLUKAN?

1. Disiplin
-Mematuhi segala peraturan yang ditetapkan. Penting kerana disiplin dapat mempengaruhi keseluruhan aspek termasuk sikap. Orang yang berdisiplin selalunya mempunyai sikap yang baik.

2. Bertanggungjawab
-Menjaga keseluruhan aspek kerja dan bertanggungjawab terhadap tugas yang diberikan.

3. Ingin tahu & ingin belajar
-Mempunyai sikap ingin tahu yang tinggi dalam menjalankan tugas. Minat yang mendalam tentang sesuatu perkara serta sikap ingin mencuba. Belajar dari kesalahan yang dilakukan.

4. Menepati masa
-Sentiasa menepati masa sebagai contoh datang awal ke tempat kerja supaya dapat merancang masa kerja dengan baik, tidak gopoh atau kelam kabut ketika memulakan tugas.

5. Berpengetahuan
-Pengetahuan dan pengalaman sesuatu tugas adalah satu bonus untuk jadi yang terbaik. Waiter perlu mempunyai ilmu secukupnya tentang tugas-tugas seorang waiter.

6. Menjaga kebersihan
-Sentiasa menjaga kebersihan diri dari segi rupa diri, tempat kerja dan kekemasan berpakaian.

7. Sabar
-Sabar ketika melayan karenah pelanggan atau ketika dimarahi oleh supervisor atau manager.

8. Bijak menyelesaikan masalah
-Bijak dalam mengambil tindakan supaya tidak menyusahkan orang lain.

9. Berhati-hati
-Sentiasa melakukan tugas dengan berhati-hati supaya tidak berlaku sebarang kemalangan.

10. Yakin pada diri sendiri
-Sentiasa yakin pada diri sendiri ketika melakukan sesuatu tugas dan ketika berhadapan dengan pelanggan.

11. Rajin
-Melakukan kerja tanpa perlu diarah. Tolong menolong sesama rakan sekerja.

12. Berfikiran waras
-Sentiasa berfikir secara rasional walaupun berada dalam kesulitan.

13. Komunikasi
-Bijak mengatur kata, berbudi bahasa, dan ramah dalam berbicara. Menguasai pelbagai jenis bahasa terutama bahasa Inggeris supaya lebih yakin ketika berkomunikasi dengan pelanggan.

14. Peka dengan persekitaran atau situasi
-Sentiasa peka dengan persekitaran atau situasi, samada situasi yang positif atau negatif.



“THE OPPORTUNITY OF LIFE IS SERVING!!”

No comments:

Post a Comment